Tuesday, 17 July 2012

SKIM INSURANS KESIHATAN


SKIM INSURANS KESIHATAN















YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Y.Brs. Prof/Tuan/Puan

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera

Dimaklumkan bahawa skim insuran kesihatan untuk tanggungan staf tidak dapat dijalankan kerana tidak mencapai 45% daripada jumlah tanggungan sepertimana yang dikehendaki oleh pihak insuran.  Sehubungan itu, mohon kepada staf yang telah membuat pilihan insuran untuk tanggungan membuat pengesahan dengan mengisi borang skim insuran kesihatan bagi staf sahaja untuk plan 1, 2 dan 3 sehingga 31 Julai 2012.

Staf yang tidak menghantar borang skim insuran kesihatan sehingga 31 Julai 2012 secara automatik akan dilindungi oleh faedah skim insuran kesihatan staf Plan 1. Potongan gaji bagi plan 2 dan 3 akan dilakukan pada bulan Ogos 2012.

Kepada staf yang belum mengambil kad insuran diminta untuk mengambil kad insuran masing – masing. Bersama – sama ini dilampirkan senarai nama staf yang telah membuat pilihan skim insuran kesihatan tanggungan untuk tujuan semakan dan perlu mengisi pilihan yang baru.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi Encik Ibrahim (ext: 4026) / Nur Faizah (ext; 3040) atau email brahim@uum.edu.my ataunur.faizah@uum.edu.my atau datang ke Jabatan Pendaftar.
Borang yang telah lengkap diisi boleh difakskan ke talian 3852.

Sekian, terima kasih

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...